Monday, January 10, 2011

Kaedah Latihan dan Suaian Fizikal ( KLSF )

KLSF ialah satu tajuk yang perlu dikuasai oleh pelajar dan jurulatih. KLSF membawa maksud garis panduan latihan untuk seseorang atlit menjalani latihan dengan berkesan.Ini memerlukan kita merancang dengan penuh teliti bagaimana kita dapat meyesuaikan fizikal seseorang atlit itu untuk menghadapi pertandingan yang mereka sertai.Pertandingan yang mereka sertai mungkin peringkat rumah sukan/sekolah,kawasan,daerah,negeri atau kebangsaan.

Pada awal persekolahan, KLSF sememangnya agenda utama bagi jurulatih/guru sukan bagi mempersiapkan pasukan sekolah masing-masing atau pasukan negeri.Hakikatnya untuk mencapai tahap kecemerlangan dalam setiap pencapaian sukan di peringkat mana pun kualiti KLSF yang dirancang sangat mempengarui. Kefahaman konsep,perlaksanaan para dan post serta pengujian sangat dititik beratkan.Pengujian para dan post sangat penting bagi memastikan matlamat dan objektif KLSF berjaya.Peningkatan kualiti KLSF akan menjana peningkatan prestasi atlit.Peningkatan prestasi atlit akan pasti menjamin kejayaan kepada keputusan pertandingan.Perlu difahami bahawa LATIHAN ADALAH SATU KERJA SAINTIFIK YANG MEMERLUKAN PENDEKATAN SAINS ( perlu ada nombor sebagai angkubah/pembolehubah sebagai petunjuk )


APA YANG HENDAK DILATIH ( DIBINA/DIPERKUATKAN )


1. Kecergasan fizikal
2. Pasikologi Atlit
3. Taknik
4. Startegi / Taktikal

No comments:

Post a Comment