Sunday, May 1, 2011











Lawatan pelajar 5 Mutiara ke Unit Pemulihan Carakerja , Hospital Besar Melaka pada 27 April 2011. Lawatan ini sempena Bulan Pemulihan Carakerja HBM. Pelajar telah didedahkan dengan skop perkerjaan dan kerjaya yang sangat menarik. Pelajar mempunyai motivasi yang tinggi dalam merancana masa hadapan dalam bidang separa perubatan sama ada anjuran KKM atau pihak swasta.Terima kasih kepada semua yang terlibat.




Tuesday, April 19, 2011

Lawatan Kerjaya

Satu lawatan kerjaya untuk memenuhi jemputan ke Bulan Pemulihan Carakerja Hospital Melaka pada 27 April 2011.Semua pelajar Sains Sukan Tingkatan 5 terlibat.Matlamatnya ialah untuk mendapatkan pendedahan kepada pelajar tentang kerjaya dalam bidang pemulihan carakerja.

Monday, January 10, 2011

Kecergasan Fizikal

1. Kecergasan fizikal mempunyai 2 komponen iaitu :-

Kecergasan Fizikal Berdasarkan Kesihatan

1. Daya tahan kardiovaskular
2. Daya tahan otot
3. Kekuatan otot
4. Fleksibiliti
5.Komposisi Tubuh

Kecergasan Fizikal Berdasarkan Lakuan Motor

1. Kelajuan
2. Ketangkasan
3. Kuasa
4. Imbangan
5. Masa Reaksi
6. Koordinasi

2. Kecergasan berdasarkan kesihatan sangat perlu oleh kita untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Apalagi bagi kehidupan seorang atlit. Bagi individu biasa kecergasan ini perlu dicapai pada prestasi yang tinggi atau memuaskan. Bagi atlit, pencapaian yang cemerlang sangat perlu bagi semua komponen berdasarkan kesihatan sebelum membina atau melatih komponen berdasarkan lakuan motor.

3. Kecergasan berdasarkan lakuan motor sangat perlu kepada atlit dan satu bonus bagi inividu biasa jika tahap pencapaianya sangat tinggi.

4. Hakikatnya latihan yang kosisten perlu dilakukan untuk mendapatkan prestasi yang sangat membanggakan.Peningkatan prestasi kepada semua komponen yang ada akan menjadikan prestasi lakuan atlit sangat berkualiti dan menjamin kejayaan mereka di dalam pertandingan. Bagi individu biasa ia adalah satu bonus yang sanggat berharga.

5. Rancanglah Keadah Latihan dan Suaian Fizikal ( KLSF ) anda secara jelas agar ia mampu meningkatkan prestasi anda dalam sukan atau kehidupan.

Kaedah Latihan dan Suaian Fizikal ( KLSF )

KLSF ialah satu tajuk yang perlu dikuasai oleh pelajar dan jurulatih. KLSF membawa maksud garis panduan latihan untuk seseorang atlit menjalani latihan dengan berkesan.Ini memerlukan kita merancang dengan penuh teliti bagaimana kita dapat meyesuaikan fizikal seseorang atlit itu untuk menghadapi pertandingan yang mereka sertai.Pertandingan yang mereka sertai mungkin peringkat rumah sukan/sekolah,kawasan,daerah,negeri atau kebangsaan.

Pada awal persekolahan, KLSF sememangnya agenda utama bagi jurulatih/guru sukan bagi mempersiapkan pasukan sekolah masing-masing atau pasukan negeri.Hakikatnya untuk mencapai tahap kecemerlangan dalam setiap pencapaian sukan di peringkat mana pun kualiti KLSF yang dirancang sangat mempengarui. Kefahaman konsep,perlaksanaan para dan post serta pengujian sangat dititik beratkan.Pengujian para dan post sangat penting bagi memastikan matlamat dan objektif KLSF berjaya.Peningkatan kualiti KLSF akan menjana peningkatan prestasi atlit.Peningkatan prestasi atlit akan pasti menjamin kejayaan kepada keputusan pertandingan.Perlu difahami bahawa LATIHAN ADALAH SATU KERJA SAINTIFIK YANG MEMERLUKAN PENDEKATAN SAINS ( perlu ada nombor sebagai angkubah/pembolehubah sebagai petunjuk )


APA YANG HENDAK DILATIH ( DIBINA/DIPERKUATKAN )


1. Kecergasan fizikal
2. Pasikologi Atlit
3. Taknik
4. Startegi / Taktikal

Wednesday, August 18, 2010

Tugasan Anatomi dan Fisiologi

Perbentangan dan Giliran Pembentangan

Kump 2 - Sistem Rangka - Siti Yusnur
Kump 1 - Sistem Otot - Mohd Alif Fitra
Kump 8 - Sistem Saraf - Nor Suria
Kump 6 - Sistem Tenaga - Mohd Hafiz Azman
Kump 3 - Sistem Kardiovaskular - Sahirah Atirah
Kump 4 - Sistem Endokrina - Siti Salina
Kump 5 - Sistem Limpatik - Ayu
Kump 7 - Sistem Resperatori - Muhd Arifikri

-Sila gunakan power point dan pembentangan pertama ialah 17hb Ogos 2010
-Gunakan alatan @ bahan lain yang boleh didapati di makmal sebagai bahan bantu dalam
pembentangan anda.

- Selamat mengikuti laluan dan tangga2 kejayaan wahai anak2 bujang dan dara 4 Mutiara