Monday, January 10, 2011

Kecergasan Fizikal

1. Kecergasan fizikal mempunyai 2 komponen iaitu :-

Kecergasan Fizikal Berdasarkan Kesihatan

1. Daya tahan kardiovaskular
2. Daya tahan otot
3. Kekuatan otot
4. Fleksibiliti
5.Komposisi Tubuh

Kecergasan Fizikal Berdasarkan Lakuan Motor

1. Kelajuan
2. Ketangkasan
3. Kuasa
4. Imbangan
5. Masa Reaksi
6. Koordinasi

2. Kecergasan berdasarkan kesihatan sangat perlu oleh kita untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Apalagi bagi kehidupan seorang atlit. Bagi individu biasa kecergasan ini perlu dicapai pada prestasi yang tinggi atau memuaskan. Bagi atlit, pencapaian yang cemerlang sangat perlu bagi semua komponen berdasarkan kesihatan sebelum membina atau melatih komponen berdasarkan lakuan motor.

3. Kecergasan berdasarkan lakuan motor sangat perlu kepada atlit dan satu bonus bagi inividu biasa jika tahap pencapaianya sangat tinggi.

4. Hakikatnya latihan yang kosisten perlu dilakukan untuk mendapatkan prestasi yang sangat membanggakan.Peningkatan prestasi kepada semua komponen yang ada akan menjadikan prestasi lakuan atlit sangat berkualiti dan menjamin kejayaan mereka di dalam pertandingan. Bagi individu biasa ia adalah satu bonus yang sanggat berharga.

5. Rancanglah Keadah Latihan dan Suaian Fizikal ( KLSF ) anda secara jelas agar ia mampu meningkatkan prestasi anda dalam sukan atau kehidupan.

No comments:

Post a Comment